31.7.09

jiwa itu sayang

jiwa sini memihak sana
jiwa sana memihak situ.

cuba kau fikirkan siapa jiwa situ yang kau belai lembut tubuhnya
yang meramas manja rambutnya
dan antara tiap bucu bibirnya kau kucup
hingga kau rasa hujung sudah nafsumu baru kau berhenti
dan secara lahiriahnya jauh sekali bukan muhrimmu.

bila kau merasa kosong
jiwa sini yang jauh jauh itu baru kau nak kejar kejar
baru kau mau menjaja semua dongeng ceritamu
yang sampai ke cuping sini hujan melebat
hanya mampu menongkat dagu, mengangguk bila perlu.

tak payah dinafikan sakitnya tertusuk mana
tak usah dikhabarkan lukanya mendalam mana
sayang...

macam begini
kasikan diri kamu menyarung harum perca kain aku
untuk kau sendiri rasa apa kalanya bila di tempat ini
antaranya aku tau kau hidu jijik sekalinya
jadi aku mampu bengang menangis.

bagi, beri, nah, apa yang kau ada?
aku tak nak, aku tak ingin
walau sewangi wanginya kau berdiri
aku tau itu sisa
dari jiwa lain, dan kau hulurkan sampai ke jiwa sini, bukan?

tipu kalau tak hari hari aku minta pada tuhan
apa sangatlah salah tingkahmu untuk berkenan
sayang...

4 comments:

Anonymous said...

acap kali aku merasa begitu.
ntah kenapa.
mungkin. mungkin sbb aku berjauhan dgnnya.

kdg kala,
terasa ingin mengalirkan air mata.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku selalu terfikir
bahawa dia berkelakuan begitu terhadap aku.

um, dan aku sentiasa mengajar diri aku utk bersedia dgn setiap jwpn yg dia akn berikan pd aku kelak.

*aku masih terlalu muda utk ni semua. nak tergelak pun ada.
tp 'syg' tk mengenal usia bkn?

Sara Musfira said...

Mmg. Tapi hati2 ya.