2.12.09

kekasih yang membunuh dalam gelap

setahun.

kalau diberi hujan-hujan bahagia
tadah selaut
dibandingkan dengan cinta-cinta yang lain
tanah dan langit ini aku rasa
antara yang paling menakjub.

kekasih.

kenapa kau masih lagi di situ?
aku sudah tunggu lama dipintu itu
ramai melihat, berlalu lalang
seperti aku perempuan gila
untuk entah kenapa di sana.

sampai bila lagi kita harus begini?

terlalu berat kata-kata kau untuk aku pikul
untuk aku pasti yang suatu hari kita menjadi milik masing-masing
tiada siapa yang tau antaranya
hanya kita-kita dengan kita.

berhenti sayang!

jangan begini
ingat, mimpi, rasa untuk aku
pada kau
untuk satu hari nanti
hari untuk kita.

jangan
jangan seperti berdua berdosa
atas apa namanya tali kita ini
hari ini.

26.10.09

budi terbalik bahasa

jangan bersedih
jangan bazirkan apa yang kamu ada
jaga
sayangkan
peluk kuat-kuat, biar ronyok
asalkan tidak diambil dia.

sudah, berhenti
dia sedikit mana tidak memandang
apakan lagi menoleh
menjeling halus terlalu jauh
jangan terlalu mengharapkan apa-apa.

seorang kita berpaling kali ini
pada dia
perlu teguh, harus meninggi
sampai bila mesti begini
kita perlu.

bila jiwa mula rasa muak
bila harus dibalas begini
bukan, bukan kita mengharapkan apa-apa
cuma perlu ingat tadi apa yang dikira.

rasa mulalah jadi malu
takut-takut antara kita-kita ada lagi
menjadi dan jadi
buat rosak bahasa
terbalik budi.


jangan terlalu meninggi. apalah sangat disisi tuhan, cuma sekelumit mana dari kuman.

7.10.09

dominan

senyap
jangan tidur.

dengarkan
suaranya penuhkan ruang.

kita lihat
kita biarkan.

biar satu hari nanti,
biar dia dengarkan suaranya sendiri.

25.9.09

lelaki seorang ini

susah nak ditanya
susah lagi nak membenci
kalau dijawab apa dari dia
mesti betul- betul itu yang diberi.

dah berkali-kali kita bilang tentangnya
sampai naik bosan apa pula agaknya
risaunya hati tak berkata
lagi tentangnya sekali sekala.

aku bukan malas
aku bukan perampas
sebab terlalu penat di sini
jadi senang berhenti.

2.9.09

mengejar tanpa mimpi

kita jadikan ianya begini
kau pasang niat yang bukanlah mimpi
kerana kau campakkan satu titik
yang pasti tidak gayanya berjalan
bila kau rasa, kau boleh genggam ketika dipetik.

kau bina istana batu bercahaya
bukan sekadar kau rasa itu sementara
dengan si dia kau yakin beradu bersama
antara kau, dia, anak-anak
yang kau pasti bermukim selamanya.

kita ringkaskan saja alunannya begitu
ini jauh dari mimpi, sayang
disebabkan aku mampu
lalu aku mengejarnya
tak jemu jemu.


tentang salah satu dari OOH. dia kasi tajuknya untuk dihabiskan. menggambarkan cinta-hidupnya yang serba sederhana, lalu membuatkan pandangannya terlalu indah yang hampir sempurna.