13.8.09

antara cerita tentang dia

untuk teman teman hebat yang selalu mendengar
selalu berkongsi rasa jiwa
selalu menangis bersama
bertonggang terbalik, berpusing separuh mati
ini cerita tentang dia lagi, berhari hari.

kalian maafkan carut mulut aku
yang keterlanjuran sampai bosan
aku tau, aku rasa
bahasa wajah semua menayangkan
bagai bilang
"sudah sudahlah wahai kawan."

dia terlalu manja
dia terlalu memahami
dia terlalu mau disayangi
dia juga terlalu manis budi dan caranya.

aku fikir, mungkin itu aku sukar mau menjauh
tapi dari semalam, ke hari ini, sampai esok aku cuba
lari, lompat, laju sepantasnya
supaya nanti dia jauh hendakNya.

memang hari hari aku bilang
apa yang manis bila dia ada buat sesuatu
apa pula yang aku membengis bila tingkahnya begitu
di masa masa bersama atas empuk kebenda itu
dan mampu menghabis dengan kata kata.

gelap kekasih itu yang cuma diberi
yang terlalu mengingin apa patut dipanggil
sebenar mahu secara realiti
tapi aku tau
itu semua apalah sangat dari mimpi.

1 comment:

Anonymous said...

eh,
tp itu tk mustahil utk terjadi lah.