3.9.08

Baru Aku Tahu

Hari ini
tingkah kamu
gaya kamu
tutur kamu
pelbagai sudah aku ketahui.

Cuma aku terkilan
apa yang kau cakap dulu
yang kau cakap
"Orang itu tidak jujur, cakapnya busuk dan tidak gemar didengar"
tapi sekarang
kalau kau sendiri tahu
apa yang boleh aku katakan
lihatkan
"Dia sudah bertaubat ya, tak nampakkah kau?".

Hari ini lagi
cakap kau pula berlari-lari, berpatah pada kau
memang betullah apa yang mereka itu kata
mulanya aku tidak percaya
tapi bila apa yang aku lihatkan
apa yang aku dengarkan
makin keruh cuping ini
tak sedap pula
sebab dulu aku rasakan engkau decent orangnya
memang secara terangnya waktu dulu itu
tapi takut aku nak baitkan
ahhh....

Sekarang orang yang kau cakap-cakapkan
yang dulunya kau sanjung
puji dia sana sini
sudah taubat rupa luar dan dalam
patut kau patut lihat ya
kasihanilah dia.

Sekarang aku ingin sudahkan
aku ingin katakan
yang aku ini tidak menyebelahi kedua-duanya
cuma aku ingin kau lihat
bezakan yang kau itu atas atau bawah
berubahlah kau.

Apa yang aku katakan bukanlah aku nak katakan aku ini hebat mana
cuma untuk kau sedar
bangkit dari lelapmu itu kawan
aku tau kau sedar apa yang kau sedang buat ini
tapi walau apa pun
terlintaslah, walau cuma sekali
mengadap padaNya.

Jadi semua ini
barulah aku tahu
yang mana kononnya aku nampak kau itu baik adanya
oh, itu cuma apa yang aku nampak dari mula
hingga sekian ini
barulah aku tahu
kesudahannya.

No comments: