2.9.09

mengejar tanpa mimpi

kita jadikan ianya begini
kau pasang niat yang bukanlah mimpi
kerana kau campakkan satu titik
yang pasti tidak gayanya berjalan
bila kau rasa, kau boleh genggam ketika dipetik.

kau bina istana batu bercahaya
bukan sekadar kau rasa itu sementara
dengan si dia kau yakin beradu bersama
antara kau, dia, anak-anak
yang kau pasti bermukim selamanya.

kita ringkaskan saja alunannya begitu
ini jauh dari mimpi, sayang
disebabkan aku mampu
lalu aku mengejarnya
tak jemu jemu.


tentang salah satu dari OOH. dia kasi tajuknya untuk dihabiskan. menggambarkan cinta-hidupnya yang serba sederhana, lalu membuatkan pandangannya terlalu indah yang hampir sempurna.

5 comments:

zaidharis said...

kalu ini lhir dari jari engkau,

jadi,
aku perlu kagum,
dan senyum=)

Anonymous said...

aku terkesima ni. :D

Sara Musfira said...

Zaid: ofcourse beb.

wani: terima kasih :)

reezal said...

kelabu mata ku terpacak mata hitam memokus apa coret isi hati sara satu pon tak pasti jawapan.yang pasti saat rasa sunyi dan sepi ini layar mu ini menemani.

Sara Musfira said...

bro: *berdehem*