8.6.09

gadis & lelaki

hari ini
gadis menatap kesombongan lelaki
sedang situasi tak terasa apa pun
lalu lelaki memanggil
membuka bait bait kemanisan
yang di mana gadis merasa apa itu
dengan satu lagi harapan gila muncul.

gadis hampir mati ketika itu
dah cakap dah, sudah sudahlah
kalau dibuat lagi
7 kaki ke dalam gali disediakan
untuk maut dari panggilan tadi.

kasih sayang, memang sayang
tapi bila apa pantulan dari rasa itu
yang cahaya terlalu suram
terlalu takut dan sebak
untuk disimpan.

kesempatan itu nafas ditarik
dalam, dalam, dalam
oh, jangan
sakitnya hanya terlalu tak mampu
itu semua tau.

lelaki main main lagi
ya Allah
berhentilah.
lelaki kepada gadis separuh nyawa
bagi gadis menghembus untuk disedut
agar semua rasa jadi berputihan.

selepas dulu hingga sekarang
lelaki masih lagi rabun tahap buta
yang mana
gadis sememangnya selalu di situ
yang antaranya bukan mudah mudah nak dipunyakan.

6 comments:

zaidharis said...

lelaki masih lagi kanak-kanak kecil..

Sara Musfira said...

Hmmm, itu tepat tapi di sini gadis malas nak cakap banyak entah apa apa pasal lelaki.

zaidharis said...

sara yang tak tidur lagi,
hehehe~

Sara Musfira said...

Singgah jap.heee

RANGKAKmasa said...

ye kalau buleyh aku juga mau bantu kau gali tanah sama2...=D




<3 beutiful

Sara Musfira said...

mari!