13.5.09

akan, masih, tetap bersama

cerita tentang satu kebenaran yang akan itu dipentas,
atas satu tiket untuk menyambung ilmu dijiwa,
yang mula diberi satu pena dan sehelai kertas,
untuk diikat satu hati, digenggam 5 nyawa.

semalam lelaki ini berkata, "Ini semuanya akan ....",
yang di mana tak tertamat pula ayat itu,
dan di hari ini semuanya berkenan,
memberi telinga, hati untuk disambung kembali ayat itu.

aku benci itu tapi,
yang masih lagi berbaur ragu,
dengan sayang 5 ini,
hari tak temu masih lagi menunggu.

bila ada satu cerita untuk dikongsi 5 jiwa,
5 rasa sakit, 5 rasa perit,
tetap pada apa kisah pun dibawa,
semua merapat bahu dengan mata menjerit.

angin yang memikul 5 nyawa ini,
bukan juga memaksa memaku nama,
cuma mahu pelangi memori ini,
yang akan, masih, tetap kekal bersama.

2 comments:

RANGKAKmasa said...

sayang 5 tu orang2 hebat eyh??
hihi

Sara Musfira said...

Tajam mata Ica.heee