10.3.09

bukan bersembunyi

tajam.

aku tidak pandai kias kias bahasa
selalunya terus sahaja
hingga perlinya rasa.

hendap.

aku tidak bisa curi curi segala
biasanya bilang sahaja
supaya terhiris gila.

aku bukan perempuan yang suka duduk mengumpat dan menangis itu.
bukan juga yang suka memaksa maksa supaya tunaikan apa yang dimahu.
dan bukan juga perempuan yang bisa disentuh bila kau janji dan dipecahkan.

kalaulah juga mengalir airmata ini
itu bukan kerananya
bukan kau aku keluarkannya
sebab hanya jasad ini
yang cuma dibalutkan selimut
dan bisa kau koyakkan buat semut
untuk digigit sampai luka.

bangsatlah juga kalau reputasi dikawal
kalau dah bangsat tu
sampai ke mati kau dibangsatkan
cacilah kau
dihinakan.

jangan sampai nanti
bila kau cari
dan dimasa itu kau katakan yang kau,
"bukan bersembunyi"
dan telunjuk di aku.



terfikir tentang dia yang kau menggila mendagu akan datang kembali melutut lutut dan menunding nunding kembali? istighfar.

5 comments:

zaidharis said...

semoga gembira=)

zaidharis said...

hurm,
kalau si celaka tu apa-apakan kau,
kau gtau je,
aku mungkin sanggup membunuh!

Sara Musfira said...

Zaid: Thank you,friend!Hmmm, insyaAllah nanti.

:)

Huzai Mansor said...

bold!

Sara Musfira said...

Thank you friend!

:)