11.2.09

ketika hari masih terang

sejak hari yang kau khabarkan
sementara semalam kau buat tak tahu
dan juga jika kau mahu tahu
hari hari kau aku liurkan.

sedang hati tak mau terikat
tapi masih bermain lagi dengan kata kata
sedang jiwa masih lagi mengharap
tapi mulut masih tak inginkannya.

apa pasallah jantung masih ingin
yang pada zahirnya dia buta
dah berkali cakap tak serupa bikin
caci diri jadi mangsa.

jangan kau kira aku gila
itu sudah pasti hendaknya
jangan kau tunggu bila bila
datanglah ketika hari masih terang hendak-Nya.


mulut masih kata TAK NAK, tapi hati masih berbisik NAK. sakit, sakit.

4 comments:

Wolfis Black said...

:)..ini kes berat

Sara Musfira said...

Yeah. No court can accept my case.

=]

Anonymous said...

woaa.
mendalam ni :)

Sara Musfira said...

sampai kerak bumi. panas panas.

=DD