16.7.08

Seperti Dia

ingatkah kamu pernah impikan seseorang itu?
membaling perlahan-lahan sebiji batu
ke arah satu dasar rata
terpandang terkesuma dua mata.

inginkah kamu satu permintaan terkabul
atas dasar cuma itu tertimbul
mengharapkan satu tangan lagi bertepuk
agar sekalian cinta terpupuk.

aku di sini cuma mahukan dia
ciptaan tuhan yang paling sempurna di mata yang tersedia
tak terasakah dia amat cukup
sebagai satu anggota yang bersinar terserkup.

tuhan,
terima kasih atas ciptaanMu yang paling agung buatku
terima kasih atas ciptaanMu yang paling indah buatku
tapi tuhan,
bila boleh aku
untuk berjalan bersama
hampir setengah dekad aku menunggu
tolong tuhan.

pernah satu hari itu
aku terfikikan tentang itu, tuhan
bila lagi?
sudah separuh nyawa mendagu
sekarang dia bebas
aku juga bebas
jadi bila lagi, tuhan?

ampunkan aku kalau suasana menarik
memaksa
tapi tak semuanya suka
cuma aku
pada satu waktu itu
untuk aku ada
cuma,
seperti dia.

tiada lagi lain seperti dia
hanya dia saja
seorang
berdiri
memandang di luar pangkin itu
terhoyong membawa diri yang bijaksana
adakala merendah,
adakala meninggi,
tapi semuanya sempurna.

mungkin orang lain tak nampak apa yang aku nampak
mungkin orang lain tak mahu apa yang aku mahu
mungkin orang lain tak faham apa yang aku faham
kernanya
apa yang aku nampak
apa yang aku mahu
apa yang aku faham
hanya mata
hati ini
saja yang tahu.

terima kasih tuhan
atas dia yang kau jadikan
cuma belum lagi aku
belum lagi aku menggenggamnya
hanya,
seperti dia.

No comments: