26.10.08

Derita Saat Itu

hari-hari mata ini lihat kamu
memandang setiap gerimu
cuma cebisan aku terkilan
dengan sendirinya mengikut jalan.

peluangnya menatap riasmu
hanya bila teman mahu berkata-kata
aku menghargai pertemuan itu
untuk aku membentukkannya semua.

aku boleh rasa apa yang kau rasa
dan aku tahu juga kau merasakannya
tapi bila untuk berbahasa
masing-masing mengelukannya.

bila pulang
rasa derita saat itu menyelubung.

2 comments:

Sarah H said...

Derita itu, rindu?
Rindu ada yg enak ada yg tidak :)

Sara Musfira said...

Betul tuh.Aku rase kedua2 nyaaa

Jadi?