melihat wajah-wajah baru
melihat kata-kata baru
melihat gaya-gaya baru
aneka bau dan rasa.
4 Mei maksudkan segalanya
aku menjejakkan kaki di bumi yang lain
untuk mengenal bait-bait baru.
sayap yang aku pegang ini
ada robek
ada molek
seperkara rupa
banyak pekertinya.
kehadiran hari yang baru
kian mengorak bunga-bunga
kian melakar pandangan berwarna
kerana itu,
aku suka
cinta
dengan lebih jatuh cinta.
15.5.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment