kalau boleh, 4 tahun yang lalu,
aku mahu sekelilingku hitam,
hitam pekat bagaikan buta adanya,
agar aku harap,
aku tidak mengenali kamu.
kamu kamu kamu,
membuatkan aku jadi sakit ini,
sakit yang tidak ada pengasihnya,
Ya Tuhanku, mengapa engkau wujudkan perasaan ini,
aku di sini bukan untuk mempersoalkannya,
hanya ingin mengerti,
kerane aku rasa seperti ditipu,
Ya Allah!
ada kalanya,
aku bagai tidak siuman,
ada kalanya,
aku bagai meracau-racau,
ada kalanya,
aku bagai dirasuk jiwa gelap,
semangat tersentak, nafas semput.
kalau 4 tahun dulu engkau tak muncul,
mungkin aku tidak menjadi seperti sekarang,
terseringai bagai perempuan gila,
terkesuma bagai pakukan parang,
bersepah hidup aku akhirnya.
segitu tanda dan tingkahku,
kau buta rupanya,
hati tak terang,
takkan aku tersengih-sengih untuk kau,
takkan aku memanggil-manggil pada kau,
fikirlah, buka mata terang-terang,
terang sampai sakit pun lebih baik,
biar kau pula rasa,
rasa seperti yang pernah aku rasakan.
aku bersengkang mata kerane kau,
aku memenatkan diri kerane kau,
aku memperbodoh diri kerane kau,
butalah kau kalau masih adanya.
aku disini bukan untuk memedihkan lagi,
bukan juga memaksa kau,
tapi untuk kau lebih jelas dan bangun,
bangun dari lelapmu itu.
hujung bait,
selamat pergi, sayangku.
14.4.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment