31.7.09

jiwa itu sayang

jiwa sini memihak sana
jiwa sana memihak situ.

cuba kau fikirkan siapa jiwa situ yang kau belai lembut tubuhnya
yang meramas manja rambutnya
dan antara tiap bucu bibirnya kau kucup
hingga kau rasa hujung sudah nafsumu baru kau berhenti
dan secara lahiriahnya jauh sekali bukan muhrimmu.

bila kau merasa kosong
jiwa sini yang jauh jauh itu baru kau nak kejar kejar
baru kau mau menjaja semua dongeng ceritamu
yang sampai ke cuping sini hujan melebat
hanya mampu menongkat dagu, mengangguk bila perlu.

tak payah dinafikan sakitnya tertusuk mana
tak usah dikhabarkan lukanya mendalam mana
sayang...

macam begini
kasikan diri kamu menyarung harum perca kain aku
untuk kau sendiri rasa apa kalanya bila di tempat ini
antaranya aku tau kau hidu jijik sekalinya
jadi aku mampu bengang menangis.

bagi, beri, nah, apa yang kau ada?
aku tak nak, aku tak ingin
walau sewangi wanginya kau berdiri
aku tau itu sisa
dari jiwa lain, dan kau hulurkan sampai ke jiwa sini, bukan?

tipu kalau tak hari hari aku minta pada tuhan
apa sangatlah salah tingkahmu untuk berkenan
sayang...

20.7.09

tentang rangkaian rasa pada yang nak dan tak nak

aku terfikirkan tadi diri dibunuh
alangkah jauh rasa sial ini
antara rasa yang makin hari terlalu jenuh
tak dapat diakhir sampai begini.

dia terlalu makan diri aku hingga rapuh
dengan jiwa yang separuh kosongnya aku
dan diletakkan separuh tadi teguh
yang aku rasa geli menatap wajah aku.

yang cuma mau hanya dia
mendatang pula yang aku tak nak
yang dia mengalir segala daya
lantas yang mana harus aku menjinak?

jadi pada diri, marah diri sendiri
sebelum sekarang belum pernah ada pada diri
kanan, kiri, atas, bawah mendongak menggeleng
tapi yang ada, tiada siapa pun yang berpaling.


pernah kan rasa pada seseorang yang kita betul betul maukan tak terhegeh hegeh pada kita tapi yang kita cuba jauh jauhkan pula seringai yang mendatang. seram kan?

8.7.09

sentora perempuan itu lagi

aku biarkan langit ini
langit jiwa hancur untuk berhenti menangis
untuk tidak hari hari kau membayangi
setiap sudut bucu yang terkudis.

engkau bukan tau apa yang aku maukan
yang selalunya aku beri dan berikan
kadang aku butakan mata untuk diri aku membiar mati
untuk suatu hari perlip aku miliki.

aku tau ada ketika waktu,
waktu waktu aku separuh tidur,
kau halakan angin untuk aku itu,
mana kau tau aku betul betul tidur?

ada dimasa tangan kita menjamah
ekor mata aku terjadi kerana
kau menyapu aku makin lemah
tapi aku ragu apa itunya makna?

cuba kau pakai apa maksud aku
dulu, sekarang dan mungkin nanti
cuba kau rasa apa sebenarnya itu jiwa aku
yang jiwa itu mungkin berhari tadi mengerti.

dia yang tiba tiba bukan kau aku lintaskan
seperti terbit satu bahu untuk hari hari aku melentok
tapi kenapa kau susah mau aku hapuskan
seangan yang tadi akukan cuba buruk.

hailah sentora perempuan
tidak penat kamu lagi berkenan?
kesian, kesian.


perlip = kekasih