21.5.09

bilalah lagi

malam itu kau datang lagi,
kenapa?

hati hati mencuba, mentatih diri untuk tidak kau muncul lagi,
mulanya diri pun tak menyangka,
dan sekali lagi aku menggila.


perihal cuma dalam mimpi yang disangka realiti. bodoh.

13.5.09

akan, masih, tetap bersama

cerita tentang satu kebenaran yang akan itu dipentas,
atas satu tiket untuk menyambung ilmu dijiwa,
yang mula diberi satu pena dan sehelai kertas,
untuk diikat satu hati, digenggam 5 nyawa.

semalam lelaki ini berkata, "Ini semuanya akan ....",
yang di mana tak tertamat pula ayat itu,
dan di hari ini semuanya berkenan,
memberi telinga, hati untuk disambung kembali ayat itu.

aku benci itu tapi,
yang masih lagi berbaur ragu,
dengan sayang 5 ini,
hari tak temu masih lagi menunggu.

bila ada satu cerita untuk dikongsi 5 jiwa,
5 rasa sakit, 5 rasa perit,
tetap pada apa kisah pun dibawa,
semua merapat bahu dengan mata menjerit.

angin yang memikul 5 nyawa ini,
bukan juga memaksa memaku nama,
cuma mahu pelangi memori ini,
yang akan, masih, tetap kekal bersama.

4.5.09

dalam satu tali yang sama

gadis itu berwarna hijau
gadis itu berwarna kuning
gadis itu berwarna merah
maka, lelaki itu pula berwarna warni
dan aku pula warnanya biru.

bermulalah kisah meneliti kembali yang lepas
yang ada kala bercuaca sejuk mahupun panas
tentang suatu tempoh yang sekadar cukup diberikan
untuk merangkul segala apa itu ilmu yang dinamakan.

kisah ini juga mau dicantumkan
juga mau bertentangan
tentang tempoh tadi yang asyik dibebel
yang mau dilipatkan kemas terkebil.

disebabkan penyambungan tapi ini
tak lah tersampai hati mau dikhabar
takut nanti ke hari hari
rindu yang dibasahkan ini berdebar debar.

dalam satu tali yang sama
bila janji yang dulu dulu ditulis
kenapa patut dibaca
baik lebih dipapar di mana papan
dalam satu tali yang sama itu tadi.


about friendship. to dangerous to be reveal. only this that I can.