23.3.09

sekarang, selepas, nanti

kekasih kosong
itu aku
jiwa polos
itu aku.

dan sekarang ini
dia yang betul betul kau beri jiwa
yang tentang dia menonggeng segala
bertanya, bersuara,
"sudah dimiliki?"
cuba kau tenung tajam matamu
dengan mataku yang jawapannya apa.

kekasih kosong
itu aku
jiwa polos
itu aku.

dan selepas itu
boleh pula kau lihat aku di situ
diwaktu aku paling mahu mengharapkan
membayangkan kemungkinan diri aku diletakkan jadi diri kamu
bayang
kamu bayangkan
tapi semua itu cuma kalau
belum rasa, gila lagi jauh.

kekasih kosong
itu aku
jiwa polos
itu aku.

dan nanti pula
yang di mana pada suatu tahap itu
menjadi gila kerana sayangkan kamu
percayalah
perempuan itu segila aku?
segila aku yang menggilakan kamu.

hey
mari sini
mari sini
aku masih belum lagi dimiliki
walau
sekarang, selepas, nanti
masih lagi
masih lagi
berdiri di sini
sayang.

10.3.09

bukan bersembunyi

tajam.

aku tidak pandai kias kias bahasa
selalunya terus sahaja
hingga perlinya rasa.

hendap.

aku tidak bisa curi curi segala
biasanya bilang sahaja
supaya terhiris gila.

aku bukan perempuan yang suka duduk mengumpat dan menangis itu.
bukan juga yang suka memaksa maksa supaya tunaikan apa yang dimahu.
dan bukan juga perempuan yang bisa disentuh bila kau janji dan dipecahkan.

kalaulah juga mengalir airmata ini
itu bukan kerananya
bukan kau aku keluarkannya
sebab hanya jasad ini
yang cuma dibalutkan selimut
dan bisa kau koyakkan buat semut
untuk digigit sampai luka.

bangsatlah juga kalau reputasi dikawal
kalau dah bangsat tu
sampai ke mati kau dibangsatkan
cacilah kau
dihinakan.

jangan sampai nanti
bila kau cari
dan dimasa itu kau katakan yang kau,
"bukan bersembunyi"
dan telunjuk di aku.



terfikir tentang dia yang kau menggila mendagu akan datang kembali melutut lutut dan menunding nunding kembali? istighfar.

4.3.09

murahnya

sentuh.
bukan kuku.

rasa.
bukan kata kata.

murahnya.


ya menyindir. whatte fish!