28.2.09

bau dunia

jalan dah banyak berlubang
lampu isyarat ada yang rosak
bila manusia dah banyak pecah tembelang
nafas tersemput nadi tersesak.

orang atasan dah mula buat hal
yang bawah ini pula jadi mangsa
keadaan dah kurang jadi kebal
dimasa mana demokrasi goyahnya rasa.

rakyat dah mula memberontak
berbaring dijalanan di sana sini
ada yang dah bijak memilih petak
sekali 5, tumpas ternga nga laaa ni.

tak buka lagi mata, otak yang hari hari kau tinggikan
tanah pun dah balik memanggil manggil
pandanglah pula dari mana kau dijadikan
hingga tak lupa akhirat dari dunia yang makin degil.

24.2.09

renung tak kena

kenapa kau balas apa yang aku mula?
ramadhan yang kedua hikmah segala.
masih kau ingat?

berlarutan hari demi hari
makin lama makin terikat mungkin sampai mati.
masih kau ingat?

ampunkan aku jika masa memaksa
sebab apa yang aku rasa
mungkin pasti
kau takkan aku punyakan.

bicara yang kuat kuat ada berikan
jodoh itu, semuanya mustahil
jangan kau kata ya atau tidak dahulu
tunggu sampai mana jawapan muktamad yang tak musykil.

lalu aku pulangkan
dengan bait harapan yang roboh
lalukan pula serong mata yang sakit
memberi tanda penat yang dari tadi asyik gopoh.

akhir, dalam setiap satu kejadian
yang kuat diam
yang aku pun diam
takdir, terbang sesat menghilang.


maaf Orang Orang Hebat. hari hari bagi semangat, tapi aku tetap keras. maaf.

18.2.09

kau pasti

kau pasti kau sayang dia
kau pasti sejujurnya dia sayang engkau
kau pasti dia boleh menjaga kau segala
kau pasti kelak kasihnya masih ada
kau pasti yang sebenarnya dia yang memaksa
kau pasti cintanya kau ambil terpaksa
kau pasti dia tahu segala,

yang pasal kau dan kau rasa dia ada,
selamanya?

11.2.09

ketika hari masih terang

sejak hari yang kau khabarkan
sementara semalam kau buat tak tahu
dan juga jika kau mahu tahu
hari hari kau aku liurkan.

sedang hati tak mau terikat
tapi masih bermain lagi dengan kata kata
sedang jiwa masih lagi mengharap
tapi mulut masih tak inginkannya.

apa pasallah jantung masih ingin
yang pada zahirnya dia buta
dah berkali cakap tak serupa bikin
caci diri jadi mangsa.

jangan kau kira aku gila
itu sudah pasti hendaknya
jangan kau tunggu bila bila
datanglah ketika hari masih terang hendak-Nya.


mulut masih kata TAK NAK, tapi hati masih berbisik NAK. sakit, sakit.

6.2.09

dulu sekarang

dulu
pernah ada orang orang tak kenal siapa aku
dulu
pernah lagi orang orang itu katakan, "dia siapa?'
dan dulu
pernah antara orang orang bertanya, "kenalkah kamu pada Sara Musfira?"

aku ingat
dimasa aku di bangku sekolah lagi
ada antaranya meletakkan aku dikalangan manusia manusia yang paling bawah sekali
malunya bundaku menaikkan aku
atas segala usaha yang aku siakan
ya aku mengaku
yang sememangnya di waktu itu
aku memang bodoh
aku memang tolol
aku tidak sesama dengan kamu semua.

di masa itu juga
mana sahabat yang sepertinya sekarang
siapa mau berjabatkan dengan aku dimasa itu
siapa mau menyapa aku si periang kosong ini dulu
tapi sekarang
bila aku sudah mula diam
diam dan tidak seceria dulu
ada pula yang bertanya.

apakan pula ini orang di luar sana?
kenapa sekarang?
kenapa bila aku sudah ada yang itu
merapatkan bahu
menggelarkan aku sahabatmu
menyatakan, "ya, dia member aku"
persoalannya mengapa baru sekarang
kau katakan ini semua.

jadi bila aku fikirkan itu semua
semua yang aku kirakan itu bukan kawan
bukan teman untuk disekepalakan
bukan sahabat untuk ditepuk tamparkan
hanya segelintir yang boleh dibilang
itu teman.

mengambil kesempatan
yang datang bila kerana harta benda
sekarang
yang datang bila kerana apa ilmu yang dipegangkan
sekarang.

sayang, memang sayu
sebab ini Sara Musfira
aku kira itu semua satu peperiksaan
untuk ditunjukkan keputusan yang bagus
pada Mu ya Allah
aku terima saja.