aku dah kata
sebelum engkau pergi
bawalah sekali segala-galanya
yang kau beri sebelum ini
agar ianya tak dihancuri
hati mahupun perasaan.
aku dah kata
jangan terlalu baik lebih
jangan terlalu lembut
kelak harapan tak dapat
hancur pula
hati mahupun perasaan.
aku dah kata
aku tak mau disakiti
engkau layan aku lebih
tika aku sama turut
balasannya, hancur
hati mahupun perasaan
24.5.08
15.5.08
Kehadiran Hari Yang Baru
melihat wajah-wajah baru
melihat kata-kata baru
melihat gaya-gaya baru
aneka bau dan rasa.
4 Mei maksudkan segalanya
aku menjejakkan kaki di bumi yang lain
untuk mengenal bait-bait baru.
sayap yang aku pegang ini
ada robek
ada molek
seperkara rupa
banyak pekertinya.
kehadiran hari yang baru
kian mengorak bunga-bunga
kian melakar pandangan berwarna
kerana itu,
aku suka
cinta
dengan lebih jatuh cinta.
melihat kata-kata baru
melihat gaya-gaya baru
aneka bau dan rasa.
4 Mei maksudkan segalanya
aku menjejakkan kaki di bumi yang lain
untuk mengenal bait-bait baru.
sayap yang aku pegang ini
ada robek
ada molek
seperkara rupa
banyak pekertinya.
kehadiran hari yang baru
kian mengorak bunga-bunga
kian melakar pandangan berwarna
kerana itu,
aku suka
cinta
dengan lebih jatuh cinta.
3.5.08
Puisi Penyelamat
hati,
kaku
mata,
pejam
mulut,
diam.
aku disini bagaikan langit meninggi,
agar kau selamat sepadangnya.
aku dipijak bagaikan sebutir pasir,
agar kau selamat menempuh keterangan.
aku berbuai bagaikan angin sahara,
agar kau selamat disebalik sepoinya.
kau segala-galanya.
ketiadaan kau,
aku sunyi.
ketiadaan kau,
aku bisu.
ketiadaan kau,
aku menjauh.
kau bintang aku.
kaku
mata,
pejam
mulut,
diam.
aku disini bagaikan langit meninggi,
agar kau selamat sepadangnya.
aku dipijak bagaikan sebutir pasir,
agar kau selamat menempuh keterangan.
aku berbuai bagaikan angin sahara,
agar kau selamat disebalik sepoinya.
kau segala-galanya.
ketiadaan kau,
aku sunyi.
ketiadaan kau,
aku bisu.
ketiadaan kau,
aku menjauh.
kau bintang aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
