mendengarkan titisan hujan sepanjang hari
dengan mendapat pesanan tiada bebanan
merasakan ringan bahu mau bersuara
aku dengar tuhan.
berterusan hari aku tidak bersemuka
teman-teman, kawan-kawan
ada kamu dengar jiwa ini memanggil-manggil?
namamu, dirimu.
sini aku lihatkan
seikhlasnya yang boleh aku lepaskan rasa rindu ini
hanya melihatkan wajah-wajah yang tidak bergerak
yang rasanya itu yang aku rasa.
masa berterbangan
kawan-kawan, ada kamu rasa akan itu?
tepuk tampar kita aku akan rindu
borak cakap kita aku akan mimpi selalu
jadi,
ada kau sakit sama semacam aku?
ada?
pandanglah, lihatlah, dengarlah
aku rindu bila kita semua bersama
sama yang sebelumnya
tuhan,
tolong putarkan balik masa
aku minta itu perlu.
aku butuh itu semua
kamu semua
sebab bilakan sekarang
satunya wajah bermasamkan
hati berpahitkan
yang pula satunya
perkara sendiri yang dibualkan
teman lain yang dilayankan
aku pula dijadikan pagar
pagar tengah lagi
antara dua.
sayang sahabatku
kamu lihatkan ini ya
kamu dengarkan ini
aku sendiri jadi bingung
memikirkan ini antara semua
tolong aku!
aku sayangkan kamu, kamu
kamu semua
perlu dirobekkan hati?
perlu dicincangkan jiwa?
aku mau semua ini pulih
tolong tuhan, tolong aku
bukakan pintu hati mereka masing-masing
aku melutut ini.
apa pun yang laluinya
aku mengerti
sebabnya
aku lihat, aku dengar
semua
segalanya.
25.11.08
18.11.08
sampai mati aku pegangkan
hati ke mana yang aku pegangkan
hati ke mana yang aku sisihkan
jalan
aku jalan mencari pelangi
sampai aku pergi esok
sampai aku pulang
sampai aku mati
aku akan pegangkan.
hati ke mana yang aku sisihkan
jalan
aku jalan mencari pelangi
sampai aku pergi esok
sampai aku pulang
sampai aku mati
aku akan pegangkan.
10.11.08
Sayang Ke Syurga
sayang
semalam aku terfikirkan lagi tentang kamu
tentang semasa kita bersama dulu
tentang ketika engkau masih merangkul tanganku
pernahkah kamu pula terfikirkan tentang aku?
jadi jawapan aku atas semua persoalan itu sayang
aku maukan cinta adam pada hawanya
cinta muhammad pada khadijahnya
cinta yusuf pada zulaikhanya
cinta ayahku pada mummyku
dan yang sejujurnya
cinta kamu pada aku.
mungkin kata-kata ini terlalu cliche'
tapi apa pun aku sendiri saja
yang membawanya
mengeram ke sana sini
dan diharapkan sampai
ke syurga.
semalam aku terfikirkan lagi tentang kamu
tentang semasa kita bersama dulu
tentang ketika engkau masih merangkul tanganku
pernahkah kamu pula terfikirkan tentang aku?
jadi jawapan aku atas semua persoalan itu sayang
aku maukan cinta adam pada hawanya
cinta muhammad pada khadijahnya
cinta yusuf pada zulaikhanya
cinta ayahku pada mummyku
dan yang sejujurnya
cinta kamu pada aku.
mungkin kata-kata ini terlalu cliche'
tapi apa pun aku sendiri saja
yang membawanya
mengeram ke sana sini
dan diharapkan sampai
ke syurga.
1.11.08
Yang Belum Aku Miliki
Bila aku lihat orang
aku rasa pelik
bila orang lihat aku
orang pula rasanya jelik.
Tapi bila aku melihat orang lain dengan yang lain
lagi diri ini rasa melain.
Sejujurnya barulah aku tahu
yang orang lain itu miliki yang aku tiada
mengambil berat untuk si dia menahu
untuk si dia pada yang ada.
Gila betulkan rasa apa yang tak dimiliki?
sampai boleh aku sesak bernafasan
betul ke orang kata ya bila dimiliki?
sebab aku mahu menaya sebelum aku dikesan.
Cinta,
yang datang bergolek
yang mahu dipegang berpelik
senang mahu mencarinya
tapi bila mahu memilikinya
itu aku,
yang masih lagi belum.
aku rasa pelik
bila orang lihat aku
orang pula rasanya jelik.
Tapi bila aku melihat orang lain dengan yang lain
lagi diri ini rasa melain.
Sejujurnya barulah aku tahu
yang orang lain itu miliki yang aku tiada
mengambil berat untuk si dia menahu
untuk si dia pada yang ada.
Gila betulkan rasa apa yang tak dimiliki?
sampai boleh aku sesak bernafasan
betul ke orang kata ya bila dimiliki?
sebab aku mahu menaya sebelum aku dikesan.
Cinta,
yang datang bergolek
yang mahu dipegang berpelik
senang mahu mencarinya
tapi bila mahu memilikinya
itu aku,
yang masih lagi belum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
