26.10.08

Derita Saat Itu

hari-hari mata ini lihat kamu
memandang setiap gerimu
cuma cebisan aku terkilan
dengan sendirinya mengikut jalan.

peluangnya menatap riasmu
hanya bila teman mahu berkata-kata
aku menghargai pertemuan itu
untuk aku membentukkannya semua.

aku boleh rasa apa yang kau rasa
dan aku tahu juga kau merasakannya
tapi bila untuk berbahasa
masing-masing mengelukannya.

bila pulang
rasa derita saat itu menyelubung.

20.10.08

Dengan Sahajanya

Semasa bulan menerangkan cahayanya
kau datang dalam mimpi,

dengan sahajanya.

15.10.08

Aku Tetap Diam

kataku pada angin
harap sampai bait padanya
untuk aku tegar berkata
kerna berdindingkan ketakutan.

hari jangan biar gelap
buihan jangan biar malap
bagi aku memuasi
setiap tutur tingkah peribadi.

salam tuhanku
pulangkan
sahabatku
penolongku
penghiburku
untuk aku gagah menumpu.

tuhan,
bukakan hatinya
untuk dia
lihat
siapa aku yang tetap diam
disisinya.